Thank you visitors. Welcome :) Want to go Home or Follow me ?
Homosapien :)
Assalamualaikum

Cheers:)


Hello peeps,welcome to my blog . :)


Entry About Friends


Sepatah Dua Kata;

tagboard



Mandi wajib.
Wednesday, 19 June 2013 // 0 comment
Assalamualaikum. :)



Hai, dah mandi wajib? :p

HAHAHAHAHA. *bangang gilaaa soalan.

k maaf maaf. iols bergurauu jee. :D

Eleh. Uols memang sukaaa pun kann bab bab macam ni .Tak payah nak acah-acah malu laahh nak usya entry kali ini. :p 
Hmm. Yes. Mandi wajib. Common thing kan? Ada yang tak tahu ke  mandi wajib tu apa? Cehh. Hang heboh dok gataiii habaq pasaii kahwin tapi mandi wajib natang apaaa pun tak tauu. Paaaadiaaaa!
Come on. As a muslim, kita kene ambil tau benda-benda macam ni. Penting. :)
Dekat sekolah dulu kan kita ada belajar. Subjek pendidikan islam tak silap. alaaaa, setazah sekolah agama pun ada bagitahu kan? :)

Sebelum tu jom kita kenal dulu apa itu mandi wajib? atok saya kata, tak kenal maka? maka ta'aruf :) hihi. okay. Mandi wajib ni dikenali juga sebagai mandi junub atau mandi hadas besar. Ia melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. 

Hukum mandi wajib? Wajib ke atas seseorang muslim itu untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar. So lepas dah bersihkan hadas besar ni, barulah kita boleh melakukan ibadah seperti biasa (solat,puasa etc).

Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang perlu mandi wajib. Antaranya :

1) Jimak (Melakukan persetubuhan)
2) Keluar air mani *wet dream :p
3) Keluar darah Haid
4) Keluar darah Nifas 
5) Keluar darah Wiladah
6) Mati
7)Masuk islam jika orang yang sebelumnya kafir

Beralih kepada perkara paling penting bagi mandi wajib iaitu rukun . :)
Ada tiga rukun mandi wajib. 
  • Niat
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir (termasuk segala jenis lipatan) :p
Dah tahu maksud,hukum dan rukun. Sekarang nak tahu cara melaksanakannya pulak. Okay. Actually, ada banyak pendapat tentang perkara-perkara macam ni. Tapi iols akan beritahu ringkasan cara mandi wajib yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W :)
1) Niat ketika air sampai ke tubuh
2) Membaca bismillah 
3) Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Membersihkan tangan kiri dengan sabun
6) Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. (Kaki dibasuh selepas mandi nanti.)
7) Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali                    dengan air
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh
9) Meratakan air ke seluruh tubuh
10) Keluar dari tempat mandi dan membasuh kaki

Alhamdulillah. Selesai mandi wajib. :) Susah sangat ke? Tak kan?  Islam tu kan mudah. 
Okay lahh readers, sampai sini dulu. Mohon maaf atas sebarang khilaf iols ye. Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan yang buruk itu pun datang dari Allah tetapi disandarkan ke atas diri iols yang hina ini. May this entry will help you to improve your ibadah in order to become a better muslim :)

salam.