
|
Assalamualaikum Cheers:) Hello peeps,welcome to my blog . :) Sepatah Dua Kata; tagboard |
Tears.
Saturday, 25 May 2013 // 0 comment
In the name of Allah.
Dalam hidup ini, ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita bersedih.
Itu perkara biasa.
Lumrah bagi seseorang yang bernama manusia :)
Tears.
Pernah menangis ? Tipulahhhh kaaannn tak pernah :p
Manusia.
Sering mengecewakan.
Tetapi Allah, tidak .
Certain people might say that crying will make you become weaker.
hmm
Tak semua orang macam tu. kan?
Kadang-kadang kita akan jadi lagi kuat lepas kita menangis.
*wink wink ;) Macam-macam sebab boleh buat kita menangis. Tapi ustaz saya ketika di matrikulasi dulu pernah berkata bahawa :
"Kalau awak nak tahu air mata yang keluar ni ada 2 jenis dan masing-masing membawa sebab yang berbeza. Yang pertama yang hangat. Dan yang kedua pula sejuk. "
Jengjengjeng. *curious lettuw apaaaaaa :p
HAHAHAHA.
Okay, lemme explain it to you guys.
Dear readers,
Ketahuilah kalian bahawa airmata yang hangat itu adalah air mata yang mengalir disebabkan duniawi.
Apa tuuuuu?
Maksudnya kat sini, kalau orang yang menangis sebab perkara-perkara duniawi
( pasal putus cinta , pasal tak dapat apa yang kita nak and etc )
air mata yang keluar tuu selalunya akan hangat jee.
Contoh lah pasal putus cinta, perghhhh selaluunyaa air mata tuu hangat je mengalir sehangat hati yang sedang bercinta . uhuk uhuk. Tu yang kita rasa panas jeee pipi kita. Feel layan tangkap leleh macam adik kat bawah ni.
kihkihkih :p
Heyy, come onn. Jangan begitu sahabat-sahabat yang disayangi :)
Sebab tuu kita kene kuat.
Mukmin yang kuat itu kan lebih baik daripada mukmin yang lemah. :)
Lagi pun buat apa kita nak menangis untuk perkara yang tak kekal?
Please people out there. And girls especially.
Lepastu kalau yang kedua pulak macam mana?
Haaaaa, air mata yang kedua air mata yang sejuk.
Air mata yang sejuk adalah air mata yang mengalir kerana ukhrawi.
* senang kata akhirat (Allah).
Maksudnya, air mata orang yang menangis kerana takutkan Allah.
kerana teringatkan mati,
terbayangkan azabNYA di akhirat kelak
dan
bersungguh-sungguh menangis kerana Allah,
kebiasaannya air mata itu sejuk.
Hehehe. Tak percaya?
Cuba lah dulu. :)
Jadi diingatkan kepada diri saya yang hina ini dan kepada pembaca sekalian,
Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih atas perkara yang sia-sia.
Buat apa kita nak menangis sebab dunia sedangkan kita dah tahu dunia ni memang bersifat kejam.
Cuma akhirat yang kekal abadi.
Maka,
menangislah kerana akhirat,
menangislah kerana takutkan Tuhan,
sebab hidup kita ni bukan lama mana pun.
Kita taktahuu entah ada esok untuk kita ataupun sebaliknya.
Dan kerana Allah meminjamkan mata yang cantik,
mata yang sihat ini untuk kita.
Maka gunakanlah ia sebaiknya.
Lihatlah perkara-perkara yang baik.
Dan tundukkanlah pandanganmu daripada perkara-perkara yang haram .
Menangislah untuk DIA.
Semoga diampunkan dosa-dosa kita yang berbakul-bakul ni sebelum tiba waktu kita.
Amin :)
Sampai disini dulu. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)
Salam.
|